Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu. Kini Felda L.B Johnson bukan lagi dibawah FELDA ini kerana tanah felda telah diambil oleh kerajaan bagi membangunkan kawasan jalan dan perindustrian L.B Johnson dan kini nama L.B Johnson telah ditukar kepada Kampung L.B Johnson.

Selain dari pada itu berhampiran dengan Kampung L.B Johnson terdapat kawasan perindustrian seperti kilang Coca-Cola, Kilang Kelogss dan lain-lain lagi. Dan terdapat juga institut perndidikan seperti Politeknik Nilai dan Institut Perguruan Negara.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Pertandingan Reka Cipta

12 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Reka cipta ini di anjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia di mana setiap peserta merupakan dari kalangan ahli berdaftar di PI1M. Tujuan utama pertandingan ini di adakan adalah untuk memupuk semangat berdaya sain secara sihat di mana setiap peserta perlu menyiapkan rekaan masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu ia juga dapat mengasah kreativiti seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Semangat kerjasama juga akan terhasil bagi menyiapkan tugasan yang deberikan serta mereka juga akan di latih untuk mendengar dan menerima arahan dengan baik sekaligus dapat mempromosikan PI1M di Kampung LBJ. baca selanjutnya

Rasah Challenge 2015

14 November 2015 | Aktiviti Terkini

Rasah Challenge 2015 merupakan anjuran hasil kerjasama antara Malaysian Association Youth Club dan Kelab Belia Kampung LBJ. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai "High Impact Event" dimana aktiviti ini dijalankan secara besar-besaran dan pada masa yang sama pihak PI1M KG LBJ telah memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti ini. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah pertandingan karaoke, explorace dan pertandingan mewarna. Pihak PI1M telah memainkan peranan dengan menguruskan dewan dan protokol seperti menyediakan buku program dan menjadi urusetia program. Aktiviti utama rasah challenge ialah explorace dimana hadiah lumayan ditawarkan bagi pemenang. Secara tidak langsung aktiviti ini telah merapatkan silaturahim di antara komuniti setempat. Selain daripada itu, aktiviti ini dapat melatih diri untuk mendengar dan menerima arahan dengan baik sekaligus dapat mempromosikan PI1M di Kampung LBJ. baca selanjutnya

Pertandingan Teka Silang Kata

17 October 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini merupakan anjuran dari Pusat Internet Satu Malaysia bersama dengan komuniti setempat. Teka silang kata ini juga lebih fokus kepada sejarah Malaysia. Oleh itu aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat menguji pengetahuan am setiap peserta. Para peserta juga di benarkan untuk menggunakan komputer di bilik latihan ICT untuk mencari maklumat. Para peserta juga di beri masa selama 30 minit untuk siapkan teka silang kata tersebut dan ini dapat melatih peserta untuk menguruskan masa dengan baik sekaligus dapat mewujudkan semangat bersaing secara sihat. baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video Sempena KL Converge 2015 (Banteras Penyebaran Maklumat Palsu)

24 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini merupakan anjuran dari MCMC sempena KL Converge 2015 yang di adakan di KLCC. Pihak PI1M telah meminta beberapa orang ahli yang berdaftar di PI1M yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mencipta video. Mereka juga diajar atau di bantu oleh Pengurus dan Penolong pengurus untuk menghasil video yang baik. Video yang mempunyai kualiti serta ciri-ciri tertentu telah kami pilih untuk mewakili PI1M ke pertandingan tersebut. Nasib menyebelahi PI1M Kampung LBJ kerana telah meraih kemenangan tempat ke tiga dalam pertandingan tersebut. Selain daripada itu, aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat menguji tahap kereativiti peserta. Mereka juga dapat melatih diri untuk membuat kerja secara berkumpulan dan kemahiran mendengar arahan. baca selanjutnya

Pertandingan Membuat Kolej Bendera Malaysia

28 August 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini dijalankan adalah bersempena dengan Bulan Kemerdekaan dan pihak PI1M telah berkolaborasi bersama dengan KEMAS dan Perpustakaan Desa. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat kemerdekaan pada golongan cilik. Selain daripada itu, aktiviti ini dapat mengajar kanak-kanak ini untuk lebih peka dalam mendengar arahan baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Kad Raya

6 July 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini dijalankan adalah untuk menjana pemikiran kreatif dan kritis dalam membuat sesuatu perkara. Pertandingan ini di jalankan selama seminggu dan pertandingan ini telah melibatkan golongan sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain dari itu, pertandingan ini dapat memupuk semangat bersaing secara sihat.baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna bersama KEMAS

14 May 2015 | Aktiviti Terkini

Adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet Satu Malaysia kepada golongan kanak-kanak. Memberi penerangan tentang cara menggunakan komputer dan internet secara berhemah. Memupuk semangat kreativiti. Memupuk kemahiran mendengar dan menulis ... baca selanjutnya

Open Day

17 April 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan pusat internet satu Malaysia kepada semua ahli jawatankuasa Kampung Lb Johnson. Menceritakan fungsi dan servis apa yang ditawarkan oleh pusat internet satu Malaysia. Merapatkan hubungan silaturrahim. Menceritakan taqwim aktiviti yang bakal dijalankan setiap bulan sepanjang tahun 2015 ... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya