Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu. Kini Felda L.B Johnson bukan lagi dibawah FELDA ini kerana tanah felda telah diambil oleh kerajaan bagi membangunkan kawasan jalan dan perindustrian L.B Johnson dan kini nama L.B Johnson telah ditukar kepada Kampung L.B Johnson.

Selain dari pada itu berhampiran dengan Kampung L.B Johnson terdapat kawasan perindustrian seperti kilang Coca-Cola, Kilang Kelogss dan lain-lain lagi. Dan terdapat juga institut perndidikan seperti Politeknik Nilai dan Institut Perguruan Negara.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

TEKA SILANG KATA LIGA PI1M 2016

31 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Teka silang kata liga PI1M ini lebih mengetengahkan fungsi PI1M ini diwujudkan.Secara tidak langsung, peserta akan lebih peka tentang PI1M. Mereka perlu mencari 20 perkataan yang tersembunyi dan mereka boleh mencari klu di sekeliling PI1M...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM "LEADERSHIP" BERSAMA PELAJAR UITM

20 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah disambut baik oleh kedua belah pihak iaitu dari pihak PI1M dan pihak UITM. Selain daripada itu, program ini telah mendapat sokongan dengan penglibatan dari ketua belia kampung LBJ itu sendiri. Seramai 20 orang pelajar UITM yang telah terlibat. Kami telah berkongsi pendapat bagaimana nak menjadi seorang "leader" yang baik. Pihak PI1M juga telah menyediakan aktiviti latihan dalam kumpulan. Mereka telah di beri tugasan untuk mengkaji masalah yang terdapat dalam komuniti. Baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Kampung LBJ

31 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah disambut baik oleh masyarakat kampung di mana pihak mereka telah memberi kerjasama dengan menyertai setiap aktiviti yang telah disediakan khususnya pada pihak JKKK dan persatuan belia Kampung LBJ. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di mana pihak PI1M telah kelaskan setiap aktiviti mengikut lapisan umur. Antaranya sukaneka, pertandingan rekacipta, pertandingan pakaian beragam, pertandingan memasak dan pertandingan tradisional. Justeri itu, aktiviti ini telah berjaya dengan meninggalkan impak yang positif kepada masyarakat setempat. Baca selanjutnya

"Mysterious Box"

30 April 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti Mysterious Box merupakan permainan di mana setiap peserta akan diuji keberanian masing-masing dengan mencari bola yang bertulis pi1m di dalam setiap kotak. Setiap kotak mempunya barang-barang misteri. Keberanian peserta akan teruji apabila mata setiap peserta akan di tutup supaya mereka dapat menyelesaikan tugasan yang di beri dengan lebih mencabar...baca selanjutnya

PI1M Treasure Hunt 1.0

27 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

PI1M Treasure Hunt 1.0 merupakan aktiviti dimana 12 orang peserta telah dipilih untuk meneka dan mencari barang yang tersembunyi mengikut arahan yang telah di berikan. Kepada peserta yang berjaya markah akan di berikan. Kepada peserta individu yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan di angkat menjadi juara. Aktiviti ini menarik kerana dapat memupuk perserta untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah tanpa bantuan ICT. Selain daripada itu, aktiviti ini jugak dapat memupuk semangat daya saing secara sihat antara satu sama lain dan peserta akan lebih peka dengan perubahan persekitaran. Walaupun latar belakang peserta berbeza dari segi umur, tetapi itu tidak menjadi masalah untuk mereka melengkap tugasan dengan cara yang berhemah dan bersisiplin tanpa mencetuskan sebarang pergaduhan dimana sekaligus dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain. Pihak PI1M juga bercadang untuk meneruskan dengan PI1M Treasure Hunt 2.0 di masa akan datang...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG BERSAMA AHLI DAN SAMBUTAN HARI LAHIR

28 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan adalah untuk memupuk sifat kerjasama antara satu sama lain dan dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain sekaligus dapat menceriakan pusat internet 1Malaysia Kampung LBJ. Selain daripada itu, program ini juga dapat mewujudkan kesedaran tentang tanggungjawab terhadap pentingnya menjaga kebersihan disamping dapat menghargai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak PI1M. Walaubagaimanapun, pihak PI1M juga telah mengambil inisiatif untuk menghargai sokongan ahli yang aktif terhadap PI1M Kg LBJ iaitu dengan meraikan hari kelahiranbagi ahli yang bertuah pada bulan tersebut...baca selanjutnya

"Member Appreciation Day"

31 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan adalah untuk memberi penghargaan kepada beberapa orang ahli berdaftar yang terawal dengan menguji tahap pengetahuan mereka tentang ICT dan juga Pusat Internet 1Malaysia. Antara Aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk Quiz dan Latihan Dlam Kumpulan (LDK). Cara aktiviti ini dijalankan adalah dengan mereka perlu mengumpul markah dalam setiap quiz serta tugasan dalam LDK yang diberikan dan kepada peserta yang mendapat markah yang tinggi akan di beri habuan dengan pihak PI1M memberi kupon bermain Komputer secara percuma selama 5 jam. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana dalam setiap aktiviti yang dijalankan dapat menguji kemahiran mendengar, berfikir dan kreativiti masing-masing sekaligus mereka akan dapat bersaing secara sihat di samping menggalakkan sifat-sifat bekerjasama dan toleransi...baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti